Friday, August 12, 2016

Filled Under:

TERKINI!!! SITI NORDIANA TAYANG DAN BELI RUMAH MEWAH SECARA TUNAI ?? MESTI BACA!!!


Penyanyi popular Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana, 31, menafikan khabar angin yang mendakwa dia telah membeli rumah mewah secara tunai.

Nana ketika dihubungi berkata, dia menganggap bahawa berita itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu berikutan namanya kini kembali popular dan dikenali ramai.

"Cerita itu sama sekali tidak benar kerana saya belum lagi berkemampuan untuk membeli rumah, apatah lagi yang harganya dikatakan sangat tinggi.

“Apabila gosip ini mula tersebar meluas, ada yang menganggap ia serius memandangkan saya sudah pun terkenal," katanya lagi.

Menurut penyanyi popular lagu Memori Berkasih ini, hadiah kemenangan musim kedua Gegar Vaganza sebanyak RM100,000 juga belum baginya mencukupi untuk membeli sebuah rumah.

"Kalau fikir secara logik akal, wang kemenangan itu mana mencukupi membeli rumah," ujarnya lebih lanjut.




0 comments:

Post a Comment