Friday, August 12, 2016

Filled Under:

TERKINI!!! KAPAL TERBANG TERBAKAR, SHAHEIZY SAM TERPERANGKAP 7 JAM DALAM PESAWAT KE SWITZERLAND!!!



Pelakon popular, Shaheizy Sam berdepan dengan situasi menakutkan apabila terperangkap di dalam pesawat selama tujuh jam gara-gara insiden salah sebuah kapal terbang di lapangan terbang terbakar ketika dalam penerbangan ke Switzerland. 

Beliau berangkat ke negara itu bagi menghadiri Festival Terkemuka Filem Locarno ke-69 yang turut menyaksikan filem lakonannya, Interchange ditayangkan bersempena dengan majlis berkenaan.

Menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook pengarah Interchange yang turut bersama Sam, Dain Said, susulan daripada peristiwa terbabit, pesawat yang dinaiki mereka terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. 

Kongsinya lagi, Sam turut kehilangan bagasi kepunyaannya ketika tiba di Lapangan Terbang Locarno. 

"Sam terpaksa menunggu bagasinya untuk beberapa hari dan terpaksa untuk membeli pakaian baharu sementara mendapatkan begnya semula. 

"Cabaran buat Shaheizy Sam, dia mendapatkan semula bagasi berkenaan kira-kira dua jam sebelum majlis berprestij itu akan bermula," katanya lagi. 

Interchange telah ditayangkan pada 5 Ogos lalu di Piazza Grande yang mampu memuatkan sejumlah 8,000 penonton pada satu masa, serta di layar gergasi untuk tontonan seluruh pengunjung.

Menariknya menerusi gambar yang dikongsikan, Sam kelihatan begitu berbangga menggayakan persalinan baju Melayu hitam dipadankan dengan songkok bersama samping pada malam kemuncak festival. 


Terdahulu, filem itu telah mendapat pengiktirafan Festival Filem Locarno yang juga sebuah festival antarabangsa yang berpangkalan di Switzerland apabila dipilih untuk slot tayangan khas. 

Interchange telah dijadualkan berada di pawagam pada awal tahun 2017. 

Karya itu diterbitkan oleh Produksi Apparat dan dibiayai Sonneratia Capital, Malaysia Digital Economy Corporation (MDec) dan Seeing Eye Films dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).




0 comments:

Post a Comment