Wednesday, August 3, 2016

Filled Under:

KONTROVERSI!!! MIRA FILZAH ADA HUBUNGAN CINTA DENGAN PELAKON LELAKI INI?? MESTI BACA!!!


Pernah didakwa menjalin hubungan istimewa dengan bintang komedi tanahair, Zizan Razak selepas sama-sama mengacarakan Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 (ABPBH 29), Mei lalu, Mira Filzah kali ini dikaitkan pula dengan pelakon lelaki ini, Ben Ali. 

Enggan melatah dengan gosip bertebaran, Mira yang merangkul trofi Artis Baharu Wanita Popular pada malam kemuncak anugerah berprestij itu percaya cerita itu timbul kerana dirinya masih bujang (single). 


"Sebenarnya, kami rapat sebagai kawan. Ben menjadi individu penting memperkenalkan saya dalam industri lakonan sejak awal tahun lalu. 

Daripada situ, saya mula memberi kepercayaan kepada dia menguruskan kerjaya lakonan bersama Natrah sebagai pembantu peribadi. "Sejak dulu lagi, Ben menjadi pakar rujuk dan memberi tunjuk ajar. 

Saya lebih banyak kawan rapat dalam kalangan lelaki. Ben adalah salah seorang daripada mereka. "Mungkin saya lebih selesa berkawan dengan lelaki berbanding wanita," katanya ditemui pada majlis rumah terbuka syarikat pengurusan artis, Fastyle di sini, semalam. 

Pada majlis itu, Mira yang mencipta populariti melalui drama Cinta Si Wedding Planner tidak keberatan malah 'sporting' bergambar bersama Ben Ali. 

Mira yang sedang melunaskan baki penggambaran drama Meh Sandarkan Pada Aku bersama pelakon Aliff Aziz mengaku belum memiliki kekasih hati seetakat ini. 

"Saya tidak rimas dan tertekan dengan usikan begitu. Saya percaya, selagi saya belum berpunya dan berkahwin, gosip dan usikan seumpama itu akan terus diperkatakan. Termasuklah dengan rakan gandingan saya dalam drama atau telefilem yang masih solo, ujarnya lagi






0 comments:

Post a Comment