Sunday, August 7, 2016

Filled Under:

SEDIH!!! KERJAYA IZREEN AZMINDA HAMPIR MUSNAH DAN JIWA TERTEKAN KERANA 'SIBER X'!!!! MESTI BACA!!!


Selepas akaun Instagram beberapa selebriti tempatan telah digodam, pelakon Izreen Azminda, 31, menjadi mangsa terbaharu apabila akaun laman sosialnya itu yang mempunyai pengikut berjumlah 1.2 juta diceroboh, semalam. 

Pemilik nama sebenar Izreen Azminda Aznam berkata, insiden itu membuat dirinya tertekan terutama apabila sebahagian besar gambar yang di muat naik di laman sosial berkenaan tidak ada lagi dalam simpanannya. 

"Saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaannya kerana terlalu sedih dengan apa yang berlaku. 

Lebih membuatkan saya berasa terkilan, banyak gambar dalam akaun Instagram itu sudah tiada lagi dalam simpanan saya. 

Sebelum ini, saya begitu berhati-hati terutama apabila mendapat tahu banyak akaun rakan artis lain yang menjadi mangsa para penggodam. 

"Setiap kali menerima e-mel berkaitan Instagram, saya tidak akan membukanya. Saya takut jika ia datang daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Tetapi, ia tetap berlaku dan saya begitu terkilan," katanya yang dihubungi oleh Wartawan BH Online.

Tambah Izreen, dirinya begitu kecewa kerana jumlah pengikut di laman sosal juga menjadi penentu kepada seseorang artis itu menerima tawaran kerja. 

Kehilangan akaun Instagram itu disifatkan Izreen, mengganggu perjalanan kerjayanya. Izreen bagaimanapun, mengambil pendekatan bersikap positif dengan membuka akaun baharu iaitu @izreen.azminda. 

"Bagaikan menjadi aliran, ramai pengusaha produk akan melihat jumlah pengikut seseorang artis sebelum menawarkan komitmen kerja. 

Tidak kira sama ada untuk membuat sebarang ulasan produk atau perlantikan menjadi duta.
"Saya ambil apa yang berlaku dari sudut positif. Saya percaya, pihak yang ingin memberikan tawaran baharu sudah maklum dengan jumlah pengikut saya di laman sosial sebelum ini. Saya hanya mampu  berserah kepada Allah," katanya.




0 comments:

Post a Comment