Friday, August 19, 2016

SAH!!! ALLY ISKANDAR UMUM TELAH BERCERAI DENGAN TALAK SATU!!! MESTI BACA!!!


Personaliti Media Prima dan TV3, Ally Iskandar, 40, hari ini mengakui telah menjatuhkan talak satu ke atas isterinya Nurfarahin Romli, 27, sekali gus menjawab segala spekulasi perceraian pasangan itu.




Menerusi laman sosial Facebook peribadinya, Ally juga memohon maaf kepada pihak media kerana tidak memberi maklum balas secara direct mengenai khabar angin tersebut ketika dihubungi semalam.
“Kenyataan rasmi ini saya kemukakan sebagai maklum balas kepada pertanyaan pihak media dan spekulasi yang panas diperkatakan di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan bekas isterinya, Nurfarahin.

“Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf kerana tidak memberi respon secara terus kepada semua yang telah menelifon saya, dengan harapan tindakan saya ini di anggap sebagai keperluan untuk mententeramkan keadaan,” jelasnya lagi.



Menurut status di laman sosialnya itu, permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984 telah difailkan dengan persetujuan bersama Nurfarahin.



Pada 17 Ogos, Ally mengesahkan lafaz penceraian telah dijatuhkan ke atas Nurfarahin di hadapan Hakim Syarie Azzeman Omar.




"Alhamdulillah, urusan ini disempurnakan dalam keadaan lancar. 
Biarpun tiada lagi ikatan perkahwinan, hubungan saya dan keluarga dengan bekas isteri serta ahli keluarganya tetap baik.

“Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan mengambil berat tentang situasi ini. Saya pohon agar kalian dapat mendoakan yang terbaik untuk kami,” 
katanya lagi.



Ally dan Farahin telah bernikah pada 20 Januari 2012 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel, 2 tahun.


Tuesday, August 16, 2016

PANAS!!! SELEPAS ISU KHALWAT ISTERI ZILA AF, RUMAH TANGGA DATUK SERI VIDA DAN SUAMI SEDANG BERGOLAK!!!


"Kami masih lagi suami isteri dan bahagia seperti dulu." Demikian tegas pengasas produk kecantikan Jenama Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman ketika diminta mengulas mengenai isu rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin tidak selalu berada di sampingnya kerana terlalu sibuk dengan tugas sebagai ejen insurans.

"Orang kata suami saya perlu 'berehat di rumah' selepas berkahwin dengan saya tetapi dia bukannya jenis lelaki yang suka menumpang kesenangan hasil perkahwinan kami.

"Walaupun kami sudah berkahwin, dia masih setia dan menyambung dengan kerjaya yang diceburinya sejak 10 tahun lalu. Saya pun tidak halang dia. Kadang kala dia akan jumpa pelanggan (Prospek) kalau saya ada program di Kuala Lumpur," kata Vida dalam satu temubual bersama mStar Online.

Vida yang juga amat aktif berkongsi rutin harian dengan pengikutnya di laman media sosial, Instagram (IG) menegaskan suaminya itu tidak suka bersikap 'interframe' dalam video atau gambar yang dimuat naik.

"Baru-baru ini kami sekeluarga bercuti bersama rakan-rakan di Royal Belum Resort, suami saya ada sekali. Kami ada bergambar bersama cuma dia jarang ada dalam video yang saya rakam untuk dikongsi bersama peminat.

"Kalau saya ajak bergambar, dia amat sporting tapi dia tak adalah nak sentiasa ada dalam gambar atau video yang saya ambil. Jika kebetulan saya rakam video suami ada pada waktu itu, dia pun akan beri kerjasama. Suami saya memang tahu saya suka selfie dan rakam video untuk tatapan peminat," ujarnya lagi


Sunday, August 14, 2016

TERBONGKAR!!! INI WAJAH LELAKI YANG DITANGKAP KHALWAT BERSAMA DENGAN ZILA AF!!!


Isteri kepada Pelakon Terkenal, Along Cham ditangkap khalwat bersama seorang lelaki yang berstatus suami orang di apartment Bukit Jalil 5 pagi tadi.

Ekoran daripada kejadian yang memalukan itu, admin cuba mendapatkan maklum balas daripada orang terdekat namun kesemuanya enggan memberi sebarang ulasan dan mohon untuk beri ruang dan tempoh bertenang.

Admin cuba mendapatkan info terkini melalui laman sosial Zila AF namun ini jawapannya...












Admin juga cuba mendapatkan wajah sebenar lelaki yang ditangkap bersama-sama Zila AF dan akhirnya ini yang diberikan oleh Sumber...




PANAS!!! CIPLAK HAK KARYA KARTUNIS MAJALAH GILA-GILA, DAVID TEO MUNGKIN AKAN DISAMAN !!!


“Saya tak tahu apa-apa dan terkejut apabila diberitahu Zack Kapcai telah difilemkan. Itu pun saya tahu daripada kawan yang mengucapkan tahniah,” demikian kata kartunis majalah humor Gila-Gila iaitu Roslim Jamil.

Roslim yang lebih dikenali ramai sebagai Zack Kapcai berkata, dia berasa sangat terkilan dengan berita berkenaan yang didengar daripada mulut orang lain dan bukannya daripada penerbit filem itu sendiri, David Teo.

“Seluruh Malaysia tahu Zack Kapcai hasil karya saya dan sinonim dalam majalah Gila-Gila sejak tahun 1988 lagi.

“Sampaikan orang ramai tak panggil saya Roslim tapi nama pena Zack Kapcai penangan siri kartun itu.

“Tetapi, bila ada pihak tiba-tiba angkat tajuk Zack Kapcai sebagai sebuah filem sudah tentu saya terkilan dan kecewa seolah-olah hasil karya saya tidak dihormati,” katanya lagi ketika dihubungi, semalam.

Beliau merujuk kepada filem aksi komedi terbaru, Zack Kapcai terbitan Metrowealth Movies Production lakonan pelawak terkenal Fad Bocey, Rahim R2, Syuk SYJ dan Julia Marin yang menemui penonton, 14 Julai lalu.

Sementara itu, Presiden Kelab Kartunis Malaysia Mohd Desa Omar atau Juragan berkata, walaupun kartunis bukan karyawan diagungkan di negara ini, tetapi golongan seperti mereka juga salah satu sumbangan kepada industri hiburan terutama dunia lawak yang menjadi fenomena sekarang.

“Jika sesebuah karya kartunis difilemkan pasti suatu penghormatan kepada kartunis itu. Tetapi jika kartunis itu langsung tidak tahu menahu karyanya difilemkan ia bagaikan satu penghinaan terburuk.

“Zack Kapcai adalah hasil penat lelah Roslim memerah otak untuk menghasilkannya. Ia tersiar sejak 1988 dan hingga kini masih disiar dalam majalah kartun Gila-Gila.

“Sesuatu yang dikesalkan dalam isu filem ini, penerbit seperti sengaja dengan niat mempergunakan populariti karya Roslim untuk melariskan produk mereka,” katanya lagi.

Menurutnya, mereka bersuara bukan soal tidak diberikan royalti, tetapi isu sebenar adalah peradaban dan hormat menghormati hak sesama karyawan.

“Sebagai penerbit dia (David Teo) harus berasa malu dengan ‘kecurian’ sengaja ini. Kartunis biasanya meminta keizinan syarikat filem jika ingin melukis hasil karya filem mereka.

“Kalau hendak guna apa-apa bahkan tajuk sekalipun, sepatutnya datang berbincang. Dalam hal ini, mungkin lebih manis jika Roslim dimaklumkan terlebih dulu,” katanya.

Sementara itu, usaha mendapatkan maklum balas Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Pictures (MiG) David Teo gagal berikutan panggilan tidak berjawab dan mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp tidak berbalas.


TERKINI!!! ISTERI PELAWAK DAN PELAKON POPULAR DITANGKAP KHALWAT PAGI TADI!!!


14 Ogos 2016 - Isteri kepada Pelawak dan Pelakon terkenal bersembunyi di belakang almari di dalam bilik Apartment teman lelakinya di Bukit Jalil ketika mereka di tangkap khalwat pagi

Mereka di tahan oleh Sepasukan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang menerima maklumat daripada orang awam.

Menurut Sumber, wanita itu telah bersedudukan dengan lelaki yang telah berkahwin sejak 4 bulan lalu.

Ketika serbuan pihak JAWI meminta pintu dibuka sebelum seorang lelaki membuka pintu namun menutupnya semula.

Pihak berkuasa JAWI terpaksa memecahkan pintu sebelum melakukan pemeriksaan.

Pengarah JAWI yang mengesahkan tangkapan itu berkata, pasangan itu ditahan kerana berkhalwat dan siasatan dijalankan mengikut Sesyen 27 akta kesalahan jenayah syariah Wilayah Persekutuan.


Pelawak Along Cham enggan memberikan sebarang komen ketika diminta mengulas mengenai isterinya Zila Seeron yang ditangkap khalwat.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, hanya menjawab “maaf, saya tidak mahu komen” ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp.


Saturday, August 13, 2016

KONTROVERSI!!! ZIZAN RAZAK BAGI 'MULUT' PADA ARTIS BAHARU TUNTUT BAYARAN!!!


Pelakon dan juga pelawak terkenal, Zizan Razak menyarankan kepada artis baharu agar sentiasa memberi kerjasama yang terbaik kepada pihak media terutama apabila dikaitkan dengan kontroversi.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 32, berkata, sebagai selebriti mereka perlu memberikan jawab balas kepada pihak media bagi memudahkan kerja masing-masing.

"Saya ingin nasihatkan artis baru agar sentiasa beri kerjasama pada media dalam menjawab sesuatu isu kerana saya lihat ia daripada sudut pekerjaan seorang selebriti.

"Alhamdulillah, walau sering dihimpit kontroversi saya tidak pernah lari daripada media. Jika saya belum bersedia untuk beri jawapan saya cakap sahaja belum bersedia," katanya.

Tambah Zizan, kontroversi merupakan salah satu harga yang perlu dibayar oleh seseorang selebriti apabila mula menceburkan diri dalam industri hiburan.

"Ramai artis baru yang tidak faham dan cakap pada media buat cerita buruk pada mereka dan tidak mahu beri kerjasama.

"Mereka sepatutnya tahu apabila mula menjadi artis itu adalah perkara yang perlu mereka hadapi.

"Bagi saya kontroversi itu lumrah dalam dunia seni hiburan dan Alhamdulillah setakat ini rezeki yang saya terima tidak goyang dengan kontroversi yang pernah menghimpit saya sejak bergelar anak seni," ujarnya lagi.


Friday, August 12, 2016

TERKINI!!! SITI NORDIANA TAYANG DAN BELI RUMAH MEWAH SECARA TUNAI ?? MESTI BACA!!!


Penyanyi popular Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana, 31, menafikan khabar angin yang mendakwa dia telah membeli rumah mewah secara tunai.

Nana ketika dihubungi berkata, dia menganggap bahawa berita itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu berikutan namanya kini kembali popular dan dikenali ramai.

"Cerita itu sama sekali tidak benar kerana saya belum lagi berkemampuan untuk membeli rumah, apatah lagi yang harganya dikatakan sangat tinggi.

“Apabila gosip ini mula tersebar meluas, ada yang menganggap ia serius memandangkan saya sudah pun terkenal," katanya lagi.

Menurut penyanyi popular lagu Memori Berkasih ini, hadiah kemenangan musim kedua Gegar Vaganza sebanyak RM100,000 juga belum baginya mencukupi untuk membeli sebuah rumah.

"Kalau fikir secara logik akal, wang kemenangan itu mana mencukupi membeli rumah," ujarnya lebih lanjut.