Friday, August 19, 2016

Filled Under:

SAH!!! ALLY ISKANDAR UMUM TELAH BERCERAI DENGAN TALAK SATU!!! MESTI BACA!!!


Personaliti Media Prima dan TV3, Ally Iskandar, 40, hari ini mengakui telah menjatuhkan talak satu ke atas isterinya Nurfarahin Romli, 27, sekali gus menjawab segala spekulasi perceraian pasangan itu.




Menerusi laman sosial Facebook peribadinya, Ally juga memohon maaf kepada pihak media kerana tidak memberi maklum balas secara direct mengenai khabar angin tersebut ketika dihubungi semalam.
“Kenyataan rasmi ini saya kemukakan sebagai maklum balas kepada pertanyaan pihak media dan spekulasi yang panas diperkatakan di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan bekas isterinya, Nurfarahin.

“Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf kerana tidak memberi respon secara terus kepada semua yang telah menelifon saya, dengan harapan tindakan saya ini di anggap sebagai keperluan untuk mententeramkan keadaan,” jelasnya lagi.



Menurut status di laman sosialnya itu, permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984 telah difailkan dengan persetujuan bersama Nurfarahin.



Pada 17 Ogos, Ally mengesahkan lafaz penceraian telah dijatuhkan ke atas Nurfarahin di hadapan Hakim Syarie Azzeman Omar.




"Alhamdulillah, urusan ini disempurnakan dalam keadaan lancar. 
Biarpun tiada lagi ikatan perkahwinan, hubungan saya dan keluarga dengan bekas isteri serta ahli keluarganya tetap baik.

“Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan mengambil berat tentang situasi ini. Saya pohon agar kalian dapat mendoakan yang terbaik untuk kami,” 
katanya lagi.



Ally dan Farahin telah bernikah pada 20 Januari 2012 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel, 2 tahun.




0 comments:

Post a Comment