Thursday, August 11, 2016

Filled Under:

PANAS!!! SITI NORDIANA TUNJUK BERANG DAN JAWAB BALAS ISU BAYARAN YANG AMAT RENDAH!!!


Terkilan dengan tuduhan mengatakan beliau semakin mendabik dada dengan membatalkan persembahan di saat akhir kerana mendapat bayaran yang agak rendah, Siti Nordiana tampil memberikan penjelasan. Menurutnya, beliau terpaksa membatalkan persembahan dari pihak penganjur itu kerana tidak menerima sebarang pembayaran pada hari majlis tersebut berlangsung..

“Saya tahu siapa empunya angkara semua ini. Sebenarnya, memang saya sudah mengesahkan untuk tampil untuk membuat persembahan dalam majlis tersebut. Tetapi, sehingga pada hari berlangsung majlis tersebut, pihak penganjur tidak memasukkan sebarang deposit bayaran. Sebagai seorang penyanyi, saya perlu beri keutamaan kepada yang membuat bayaran terlebih dahulu”

“Ini bukannya soal bayaran siapa yang lebih tinggi. Ini soal siapa yang telah bayar duit deposit dahulu. Sejak dari dulu, sebelum program Gegar Vaganza pun saya sudah menetapkan syarat sebegitu. Mana-mana penganjur yang ingin menjemput saya membuat persembahan, perlu membayar deposit. Jadi siapa cepat dia akan dapat konsepnya,” katanya wartawan media.

Dalam masa yang sama, Nana turut meluahkan rasa sedih dan terkilan terhadap sikap sesetengah individu yang seolah-olah cuba menjatuhkan kerjaya beliau yang baru sahaja ingin manapak naik setelah lama menyepi bisu. Tambahnya lagi, gosip sebegini juga bukanlah sesuatu yang baru baginya, malah sudah berulang kali beliau menerima tuduhan yang sama oleh individu terbabit.

Tegasnya lagi, walaupun begitu banyak cerita tersebar mengatakan beliau sudah berubah atau berlagak sombong, tetapi pada hakikatnya, beliau masih individu yang sama sejak menjuarai pertandingan nyayian, Gegar Vaganza. Malah dengan berbekalkan perjalanan seni selama 17 tahun membuatkan beliau lebih matang menghadapi hasad dengki orang.





0 comments:

Post a Comment