Wednesday, August 3, 2016

Filled Under:

TERKINI!!! LELAKI INI DIKHABARKAN BAKAL SUAMI FARA FAUZANA!!! INI PENGAKUAN DARIPADA SENDIRI...


Selepas pengumuman berita mengenai pernikahan Fara Fauzana bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Hafiz, ramai yang mula meneka-neka siapakah gerangan individu tersebut. Menerusi kiriman gambar, lelaki terbabit sememangnya menepati ciri-ciri yang diberikan Fara Fauzana ketika sidang media baru-baru ini, dimana fizikalnya bertubuh sasa, berkulit melayu dan sedap mata memandang.

Memetik daripada laporan Berita Harian Online, pihaknya telah menghubungi Fara bagi mendapatkan kepastian sendiri berhubung kiriman gambar yang diterima namun beliau enggan mengesahkan atau menafikannya. Bagaimanapun bekas penyampai radio itu hanya ketawa sambil menjemput orang ramai menghadiri majlis perkahwinan beliau yang bakal diadakan pada 17 September ini.

Selain itu, menurut sumber lain pula Fara dikatakan pernah beberapa kali ditemui keluar bersama jejaka tersebut yang juga difahamkan menjalankan perniagaan dalam bidang perhotelan milik keluarganya di London. Selain bergelar ahli perniagaan muda, lelaki tersebut yang berusia lingkungan awal 30 dikatakan juga mula berjinak-jinak memasuki bidang politik tempatan..

Dalam masa yang sama, Fara turut berkongsi kisah detik perkenalan beliau dengan kekasih hati yang berlangsung sejak dua tahun lalu dan mulai rapat sejak kebelakangan ini. Malah katanya lagi, sejak mengundurkan diri daripada bidang pengacaraan radio, Hot fm lima bulan lalu, dirinya kini mempunyai lebih masa untuk memikirkan soal masa depan termasuk rumah tangga yang bakal dibinanya.




0 comments:

Post a Comment