Thursday, August 11, 2016

Filled Under:

TERKINI!!! BAPA EMMA MAEMBONG DITETAK DI KEPALA DI SEMALAM DI KUALA LUMPUR!!!


Polis sedang mencari dan mengesan dua lelaki yang dipercayai menyamun bapa kepada pelakon Emma Maembong, Ismael Maembong di bangunan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) pada petang semalam. 

Kedua-dua lelaki terbabit dipercayai menaiki kenderaan sebuah motosikal masuk ke kawasan bangunan GAPENA di Jalan Bukit Petaling, di sini, sebelum mangsa disamun yang pada ketika itu sedang berkarya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Habibi Majinji, berkata berdasarkan kepada siasatan awal, kedua-dua suspek terbabit dikenalpasti berkulit gelap masuk ke dalam kawasan berkenaan sekitar pada jam 5.15 petang.. 

"Setakat ini pihak polis sedang berusaha mendapatkan maklumat penuh daripada mangsa sendiri yang masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) disebabkan kecederaan agak teruk.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun serta mendatangkan kecederaan," katanya lagi. 

Beliau, berkata pihak polis turut mengalu-alukan saksi kejadian atau orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan. 

"Kita meminta mereka yang melihat kelibat suspek mencurigakan sekitar kawasan berkenaan termasuk kawasan sekitar bangunan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) untuk menyalurkan maklumat," kata Timbalan Ketua Polis tersebut.

Dalam kejadian berkenaan, Ismail dilaporkan telah kehilangan komputer riba, dompet dan telefon bimbit selain mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan tangan dipercayai akibat ditetak.




0 comments:

Post a Comment