Saturday, August 13, 2016

Filled Under:

KONTROVERSI!!! ZIZAN RAZAK BAGI 'MULUT' PADA ARTIS BAHARU TUNTUT BAYARAN!!!


Pelakon dan juga pelawak terkenal, Zizan Razak menyarankan kepada artis baharu agar sentiasa memberi kerjasama yang terbaik kepada pihak media terutama apabila dikaitkan dengan kontroversi.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 32, berkata, sebagai selebriti mereka perlu memberikan jawab balas kepada pihak media bagi memudahkan kerja masing-masing.

"Saya ingin nasihatkan artis baru agar sentiasa beri kerjasama pada media dalam menjawab sesuatu isu kerana saya lihat ia daripada sudut pekerjaan seorang selebriti.

"Alhamdulillah, walau sering dihimpit kontroversi saya tidak pernah lari daripada media. Jika saya belum bersedia untuk beri jawapan saya cakap sahaja belum bersedia," katanya.

Tambah Zizan, kontroversi merupakan salah satu harga yang perlu dibayar oleh seseorang selebriti apabila mula menceburkan diri dalam industri hiburan.

"Ramai artis baru yang tidak faham dan cakap pada media buat cerita buruk pada mereka dan tidak mahu beri kerjasama.

"Mereka sepatutnya tahu apabila mula menjadi artis itu adalah perkara yang perlu mereka hadapi.

"Bagi saya kontroversi itu lumrah dalam dunia seni hiburan dan Alhamdulillah setakat ini rezeki yang saya terima tidak goyang dengan kontroversi yang pernah menghimpit saya sejak bergelar anak seni," ujarnya lagi.




0 comments:

Post a Comment